PENDAHULUAN
Segala puji dan syukur bagi Allah S.W.T yang telah melimpahkan ke atas kita berbagai-bagai nikmat yang tidak terhingga serta memuliakan kita atas sekalian umat dengan iman dan Islam yang memandu kita melalui syariat-Nya ke jalan yang benar serta diredhai di dunia dan diakhirat
Selawat dan salam juga diberikan kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w yang telah diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam semesta dan juga sebagai cahaya yang menerangi segala kegelapan, begitu juga bagi seluruh keluarga, para Sahabat dan pengikut-pengikutnya hingga ke akhir zaman. Tugasan yang telah diberikan kepada kami yang bertajuk “ Ijma” dan seperti mana yang diketahui ijmak merupakan muafakat pendapat ulama mujtahid mengenai suatu masalah yang merupakan sumber perundangan Islam yang ketiga selepas al-Quran dan al-Sunnah. Persepakatan ulama mujtahid ialah mereka yang mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum syarak daripada dalil yang teperinci dan mestilah dilakukan oleh umat Nabi Muhammad sahaja. ijmak ulama tersebut adalah hasil ijtihad yang merupakan peranan penting dalam menetapkan sesuatu hukum.
Oleh itu, para ulama yang memandang ijma’ sebagai hujah hendaklah menetapkan bahawa ijma’ itu perlu kepada sandaran dari Kitabullah atau Sunnah Rasul atau qiyas yang benar dan ia tidak boleh menyalahi al-Quran dan tidak mendahului al-Quran.
Akhir kata, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi Bin Abu Hassan kerana telah banyak mengajar dan membantu kami dalam mata pelajaran usul fiqh ini. Terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyelesaikan tugasan ini.

DEFINISI IJMA’
Ijma’ dari segi bahasa adalah kesepakatan atau sebulat suara dan menurut istilah, ijma’ ulama dapat diberikan dengan beberapa pengertian iaitu:
a) Muafakat pendapat ulama mujtahid mengenai sesuatu masalah.
b)Sepakat ulama mujtahid daripada umat Islam sama ada dalam bentuk
i’tiqad, kata-kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas
kewafatan Nabi.
c)Persepakatan ulama mujtahid daripada umat Nabi Muhammad selepas kewafatan Nabi Muhammad dalam perkara yang berhubung dengan hukum syarak yang menjelaskan lagi pengertian tersebut iaitu setiap yang dimaksudkan dengan persepakatan ulama mujtahid ialah mereka yang mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum syarak daripada dalil yang teperinci dan mestilah dilakukan oleh umat Nabi Muhammad sahaja. Ijma’ ulama tersebut adalah hasil ijtihad yang merupakan peranan penting dalam menetapkan sesuatu hukum.
KEHUJAHAN IJMA’
Ulama sepakat mengatakan ijma’ adalah sumber ketiga dalam perundangan. Hal tersebut kerana terdapat beberapa nas dan ayat yang dapat difahami bahawa perkara yang diperselisihkan oleh ulama wajib dirujuk kepada kitab Allah dan al-Sunnah. Ini bererti bahawa perkara yang disepakati mereka adalah kebenaran yang diakui oleh Allah serta wajib diamalkan. Tentang penggunaan ijma’ dan diterima sebagai sumber hukum ialah sebagaimana dalil yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis seperti berikut:
Al-Quran
a) Al-Quran menjelaskan bahawa umat Islam adalah umat yang sederhana dan menjadi saksi terhadap orang lain. Firman Allah:
وَكَذَالِكَ جَعَلْنَكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شَهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ
( al-Baqarah 2: 143 )
Maksudnya: Dan demikianlah ( sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu( wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia ( tentang yang benar dan yang salah).
Perkataan wasatan di dalam ayat ini bermaksud adil iaitu setiap keputusan yang lahir daripada umat yang adil adalah adil seperti wajib menerima kesaksian individu yang adil maka wajib mengikut keputusan yang dikeluarkan oleh umat yang adil sama seperti wajib menerima kesaksian individu yang adil.Berdasarkan ayat tersebut apa sahaja yang disepakati oleh ulama mesti diikuti. Oleh itu pemimpin yang ditaati ialah mereka yang berilmu dan adil serta ulama yang mengeluarkan fatwa.

b) Al-Quran menyatakan hendaklah mengikut jalan orang-orang yang
mukmin. Firman Allah:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيراً
(al-Nisa 4: 115)
Maksudnya:“Dan barang siapa menentang Rasul (Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan dia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu dan akan kami masukkan dia ke dalam neraka Jahannam dan itu seburuk-seburuk tempat kembali.”
Ayat ini merupakan ayat yang dipegang oleh Imam Syafie terhadap hujah ijma’ dalam kitab al-Risalah. Sesungguhnya Allah menjadikan orang-orang yang mengikut jalan selain mukmin sama seperti orang yang menentang Allah dan Rasulnya. Allah menjanjikan janji yang buruk iaitu ancaman neraka. Mengikut orang-orang mukmin adalah wajib. Haram mengikuti jalan selain daripada orang mukmin

al-Sunnah:
a)
لا تجتمع أمتي على الخطأ
(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)
Maksudnya: Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara yang salah.
Keadaan ini berkaitan umat Nabi Muhammad s.a.w. . Baginda memberi jaminan mereka tidak akan bersepakat ke atas sesuatu yang salah. Oleh yang demikian, ini menunjukkan kepada kesepakatan atau ijma’ adalah hujah. Ini ditambah dengan banyak hadis yang sama makna dengannya, dan kerana banyaknya ditambah dengan ayat-ayat al-Quran yang mengharuskan berpegang kepada jemaah dan tidak memisahkan diri darinya, menjadi dalil yang cukup untuk menunjukkan kehujahan ijma’ dalam menetapkan hukum. Ijma’ selalu bersandar kepada dalil meskipun tidak disebutkan, kerana para ulama tidak mungkin bersepakat kalau tidak bersandar kepada dalil syarak. Oleh kerana itu, sesuatu yang dijadikan kajian oleh para ulama mutaakhirin apabila ingin mengetahui ijma’ adalah kebenaran riwayatnya bukan mengkaji dalilnya. Ini adalah kerana jika yang harus dikaji itu adalah dalilnya tentulah dalil itu sendiri yang akan dipegang bukan ijma’ sekalipun ijma’ itu sendiri dapat dijadikan sebagai hujah maka ijma’selalu bersandar kepada dalil, tetapi untuk mengakuinya sebagai hujah tidak perlu mengetahui dalilnya.
b)
لت الله تعالى أن لا تجتمع أمتى على ضلالة فأطانيها سأ
Maksudnya: Aku telah pohon kepada Allah taala supaya umatku tidak akan bersepakat ke atas kejahatan, maka Allah telah kabulkannya.
( Riwayat Ahmad dan al-Tabrani )
Melalui hadis ini dapat kita fahami bahawa umat Islam terpelihara dari kesalahan. Terpelihara dari kesalahan iaitu tidak bersepakat tentang perkara kejahatan. Oleh itu jika terpelihara dari bersepakat di atas jalan kejahatan, sudah tentulah mengikuti jalan yang baik dan persepakatan itu adalah suatu ijma’.

Hujah golongan
yang menolak ijmak
Antara
golongan-golongan yang menolak ialah golongan Khawarij memperakui ijma’ Sahabat
sebelum perpecahan dan ijma’ golongan mereka sahaja. Manakala golongan Shi’ah
dan Rafidah mereka tidak perlu kepada ijma’ kerana kata-kata imam mereka telah
menjadi hujah dan golongan ahli Zahir pula memperakui ijma’ Sahabat sahaja.
Mereka
yang menolak ijma’ berpegang pada dalil-dalil berikut :
a.
Firman Allah
s.w.t :
فإن تنزعتم فى شىء فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون واليوم
بالله الأخر
Jika
kamu berlaina pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah
(al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah
dan hari kemudian.
Ayat
di atas menunjukkan bahawa sesuatu yang diperselisihkan hendaklah dirujuk kepada
Allah (kitab-Nya) da Rasul (kepada-Nya ketika Baginda masih hidup dan kepada
Sunnah-Nya ketika Baginda tela wafat). Ayat tersebut tidak menyebut ahli-ahli
ijma’ untuk dirujukkan masalah kepada mereka.
b.
Hadis
peruntukan muaz bin jabal r.a ke Yaman yang diriwayatkan oleh Abu Daud , al
–Tarmizi dan lain-lain tidak menyebut ijmak. Baginda bertanya kepada Muaz:
ما روى أن ألنبى {ص} قال لماز : بما تحكم ؟ قال : بكتاب ألله تعالىز
قال فان لم تجد؟ قال : بسنت رسول ألله{ص}. قال: فان لم تجد ؟ قال : أجتهد رأيى ولا
الو. فقال النبى عليه السلام: الحمد ألله الزى وفق رسول ألله{ص} لما يحبه ويرضاه
رسول أللهز
“bagaimana nanti kamu akan mengeluarkan hukum apabila di bawa
kepada kamu sesuatu permasalahan? Muaz menjawab: saya akan mengeluarkan hukum
berdasarkan Al-Quran. Nabi bertanya lagi: jika tidak ada di dalam Al-Quran?
Muaz menjawab : saya akan menghukum dengan sunnah Rasulullah. Nabi bertanya:
jika tidak ada dalam sunnah Rasulullah? Muaz menjawab : saya akan berijtihad
dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut. Seterusnya nabi menepuk dada
sambil bersabda : segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada
utusan Rasulullah kearah sesuatu yang diredai oleh Rasulullah.”(HR Ahmad dan
Daud)
Hadis tersebut hanya menyebut kitab Allah, Sunnah Rasul SAW dan
ijtihad iaitu qiyas mengikut imam syafie atau qiyas sebahagian ijtihad mengikut
pendapat lain. Walaupbagaimanaun ijmak
tidak disebut. Maka itu menunjukkan bahawa ijmak tidak menjadi hujjah, kerana
kata-kata Muaz r.a didalam hadis tersebut diperakui oleh Rasulullah SAW.
RUKUN-RUKUN IJMA’
Rukun-rukun al-Ijma menurut pendapat ulama usul fiqh adalah seperti berikut:
1. Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahid itulah yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu) Seandainya tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak akan terjadi ijma’ kerana ijma’ itu harus dilakukan oleh beberapa orang.
2. Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijma’.
3. Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syarak) dari suatu peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan itu unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu keadaan, sehingga ia harus menerima suatu keputusan.
4. Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan lisan, dengan perbuatan atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju atas suatu keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang lain. Tentu sahaja keputusan yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu musyawarah yang dilakukan para mujtahid.
5. Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid. Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada maka keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijma’. Ijma’ yang demikian belum dapat dijadikan sebagai hujah syariah.
PEMBAHAGIAN IJMA’
Ijma’ boleh dibahagikan kepada dua bahagian :
1. Ijma’ qat’i atau ijma’ bayani atau ijma’ qauli, ijma’ sarih, iaitu: jika segala mujtahid bersepakat secara perkataan atau tulisan, menerangkan persetujuannya atas fahamannya yang diberikan oleh seseorang mujtahid pada masanya.
2. Ijma’ zann’i atau ijma’ sukuti, iaitu: jika mujtahid-mujtahid itu berdiam diri tidak berterus terang mengeluarkan fahamnya, tetapi diamnya itu bukan kerana takut, segan atau malu.
Kehujahan ijma’ sukuti berdasarkan kenyataan Abd Latif di dalam buku Pengantar usul fiqh adalah seperti yang dihuraikan berikut:
Ulama berselisih pendapat tentang kehujahan ijma’ sukuti. Walaubagaimanapun kebanyakan ulama usul fiqh berpendapat ijma’ sukuti boleh dibuat hujah dan dalil dalam mengeluarkan hukum. Perselisihan pendapat ulama adalah sebagaimana berikut:
a. Ulama yang menerima
b. Ulama yang menolak
Ulama yang menerima ijma’ sukuti dapat dibahagikan kepada dua bahagian pula, iaitu:
i. Hujah zann’i
ii. Hujah qat’i
i. Pendapat hujah zann’i
Ulama yang menerima ijma’ sukuti sebagai hujah zann’i, iaitu pendapat al-Kurkhi daripada mazhab Hanafi dan Iman Amidi daripada mazhab Shafie. Abd Latif menambah lagi penerangannya di dalam buku Pengantar usul fiqh iaitu alasan mereka ialah berdiam diri sebahagian daripada ahli mujtahid bukan semestinya kerana muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan, bahkan diam diri itu mungkin kerana setuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau gerun dengan kehebatan ulama yang telah mengeluarkan pendapatnya. Oleh itu, ijma’ sukuti adalah hujah zann’i
ii. Pendapat hujah qat’i
Mazhab yang berpendapat ijma’ sukuti adalah hujah qat’i ialah ulama Hanafi, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Shafie alasan mereka ialah, dalil yang menunjukkan kehujahan ijma’ tidak membezakan di antara ijma’ sarih dan sukuti. Jika ditentukan dalil tersebut kepada ijma’ yang sarih sahaja mungkin tidak berlaku ijma’ sedangkan ijma’ telah berlaku.
b. Ulama yang menolak
Antara ulama mazhab yang menolak ijma’ sukuti ialah, Imam Malik dan Imam Shafie.Berdasarkan penjelasan Abd Latif di dalam buku Pengantar usul fiqh, alasan mereka tidak boleh dikatakan orang yang diam itu bersetuju, kerana mungkin mereka takut kepada kemudaratan diri atau harta atau berdiam diri untuk melakukan ijtihad.

SYARAT IJMA’ SUKUTI
Ijma’ sukuti yang diterima sebagai hujah dengan bersyarat, iaitu :
a. Mestilah melalui suatu masa yang cukup untuk berfikir atau membuat kajian dan rumusan tentang masalah yang diputuskan itu.
b. Tidak ada sebab untuk menakut-nakutkan mujtahid lain dalam mengeluarkan pendapat.
c. Semata-mata diam, bukan menolak.
CONTOH-CONTOH IJMA’
Berikut merupakan beberapa contoh hukum yang ditetapkan ijma’.
1. Berkenaan pewarisan datuk jika bersama anak yang menjelaskan apabila seorang meninggal dunia dan ahli warisnya adalah terdiri dari datuk dan anak, maka datuk sebagaimana bapa mendapat 1/6 harta warisan apabila adanya anak.
2. Mustafa Ahmad pula menjelaskan iaitu ijma’ menganggap sah transaksi istishna’ (pesanan). Jumhur fuqaha menetapkan dan memegang pendapat tersebut. Begitu juga ijma amali (kebiasaan) telah menjalankan transaksi istishna’.
3. Ijma’ sahabat tentang pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat seorang imam atau khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam mengurusi urusan Daulah Islamiah yang menyangkut urusan agama dan dunia yang disepakati oleh para Sahabat di Saqifah Bani Sai’idah.
4. Dalam menerangkan ijma’ mengenai kesahihan nikah yang dilakukan untuk memenuhi keperluan biologi seorang lelaki seperti mendapat keturunan, membina sebuah keluarga, berbaur menjadi sebahagian dari sebuah masyarakat adalah dengan mengatakan bahawa pernikahan yang disyariatkan sejak masa Nabi Adam a.s hingga berlangsung ke seluruh masa kenabian. Bahkan kaum muslimin telah sepakat akan keberlangsungan pernikahan hingga sampai ke syurga kelak. Selain itu, seluruh para ulama dari masa ke semasa telah bersepakat ke atas kesahihan pernikahan di dalam agama Islam.
5. Ijma’ berkenaan kesahihan khuluk merupakan perbuatan yang disyariatkan oleh Islam dan boleh untuk dilakukan berdasarkan kesepakatan seluruh sahabat Rasulullah s.a.w ke atas bolehnya hukum melakukan khuluk dan tidak ada salah satu dari mereka yang menentangnya. Muhammad menyatakan lagi bahawa dengan demikian kesepakatan tersebut menjadi ijma’ mereka atas hukum khuluk yang dibolehkan. Alasannya adalah kerana khuluk adalah perbuatan yang mencabut pernikahan dengan saling rela di antara kedua pasangan suami isteri. khuluk disyariatkan bertujuan untuk menghindari sejumlah masalah dan bahaya di antara kedua pasangan suami isteri dan diberlakukan tanpa menimbulkan masalah dan bahaya bagi mereka berdua. Kerana kewujudan khuluk tersebut dapat menghilangkan bahaya dari diri si wanita secara umum.

KEMUNGKINAN BERLAKU IJMA’
MASA KINI
Abd Latif menyatakan di dalam buku Pengantar usul fiqh, setelah dibuat penelitian dan kajian, dapat dibuat rumusan di sini bahawa ijma’ pada masa kini tidak mungkin berlaku. Sebab dan alasannya seperti berikut:
1) Para ulama mujtahid tidak berada pada suatu tempat, malahan mereka tinggal berselerak dan berada di seluruh pelusuk dunia. Lantaran itu, sukar untuk memastikan dan untuk mendapatkan pendapat setiap daripada mereka terhadap sesuatu masalah.
Selain itu, tidak mungkin ulama sepakat dalam mengeluarkan hukum sesuatu masalah.
2) Adalah menjadi kesukaran untuk mengenal pasti mujtahid dan yang bergelar mujtahid itu kerana setengah orang mengaku ia sebagai mujtahid, sedangkan sebenarnya ia belum mencapai tahap tersebut. Hal tersebut kerana ijmak itu ialah persepakatan para ulama mujtahid.

HUKUM MENGINGKARI IJMA’
Abd Latif menjelaskan, ijma’ sebagai mengambil tempat sumber ketiga di dalam sumber perundangan. Ulama berselisih pendapat tentang mengingkari hukum yang berdasarkan ijma’ iaitu:
1) Sebahagian ulama berpendapat, mengingkari ijma’ adalah kufur, kerana ia termasuk dalam hujah yang disepakati. Contohnya: mengingkari ijma’ Sahabat yang diriwayat secara mutawatir. Kerana mengingkarinya bererti megingkari dalil qat’i
2) Sebahagian ulama lain, seperti Imam al-Haramain mengatakan, mengingkari hukum ijma’ tidak kufur, kerana dalil kehujahan ijmak adalah zann’i. Seterusnya mengingkari kehujahan dalil tidak kafir.
Biarpun ada perselisihan ulama tentang pengingkaran ijma’, namun ijma’ ulama merupakan ijtihad ulama yang secara tidak langsung ia adalah keputusan yang dibuat bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu segala ijma’ yang disepakati serta dinyatakan oleh ulama mujtahid terhadap sesuatu hukum syarak mestilah dengan berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dari situlah ijma’ itu dapat diterima sebagai suatu dalil dan hujah yang muktamad.

Syarat-syarat ijmak
Sesuatu
ijmak itu hanya boleh dijadikan hujah sekiranya ia memenuhi syarat-syarat
berikut:
Sekiranya
salah satu daripada syarat ini tidak tedapat di dalam sesebuah ijmak, maka
ijmak itu dengan serta merta akan tertolak.
Semua
ulama mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah yang berkaitan.
Jika salah seorang di antara mujtahid tidak bersepakat tentang sesuatu hukum
sama ada secara perkataan ataupun perbuatan, maka ijmak yang dilakukan tidak
boleh diterima. Ini kerana, ijmak hanya akan berlaku dengan keseluruhan ulama
mujtahid yang ada di dunia bersepakat dan bersetuju dalam sesuatu masalah
hukum.
Wujudnya
sejumlah ulama mujtahid pada masa berlakunya sesuatu masalah atau perkara. Ini
kerana, sekiranya ada mujtahid yang tidak mengetahui bahawa ada berlakunya
ijmak pada sesuatu masa disebabkan jarak dan tempat tinggalnya yang jauh, maka
ijmak tersebut tidak boleh diterima.
Ia
mestilah sabit dengan jalan yang sah, sama ada ianya masyur dikalangan ulama
atau periwayatnya thiqah (dipercayai) dan berpengetahuan luas. Ini
berdasarkan pendapat daripada al-Syaikh
Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin.
Sepakat
ulama mujtahid mesti mengeluarkan pedapat masing-masing secara tegas, sama ada
berupa perkataan atau perbuatan, baik secara bersendirian atau secara
berkumpulan. Sekiranya ada di antara mereka yang memberikan persetujuan dengan
sebab terpaksa atau terdapat unsur syubhah pada persetujuannya itu, maka ijma’
itu tidak boleh diterima.
Di
kalangan para mujtahid tidak boleh ada perselisihan yang berterusan. Sekiranya
ada perselisihan sebelumnya, ijma’ itu tidak sah kerana pendapat-pendapat tidak
akan lenyap dengan wafatnya tuan punya pendapat. Ijma’ tidak menolak
perselisihan yang telah berlaku tetapi melarang daripada berlakunya perselisihan
pendapat pada kemudian hari.
Setiap
mujtahid yang melakukan ijma’ itu tidaklah disyariatkan daripada golongan yang ma’sum.
Ini
berdasarkan pandangan daripada Dr. H. Abdulkarim Amrullah. Beliau menambah
lagi, sekiranya sifat ma’sum itu dijadikan syarat bagi setiap mujtahid
untuk melakukan ijma’ maka ianya diibaratkan seperti mencari barang yang tidak
akan dapat. Ini kerana, tidak ada seorang pun yang akan terpelihara daripada
kesilapan dan dosa melainkan Nabi Muhammad SAW.
Dalil
al-Sunnah
Terdapat
juga beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang menyokong penggunaan ijma’ dalam
menetapkan hukum syarak. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin
‘Asim r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
إن الله تعالى قد أجار أمتي من أن تجتمع على ضلالة...
“….sesungguhnya Allah Ta’ala melindungi
umatku daripada bersepakat tentang perkara-perkara yang sesat”.
Dalam
hadis ini, Nabi Muhammda SAW member jaminan bahawa umat Baginda tidak akan
bersepakat atas dasar kesesatan. Ini jelas menggambarkan bahawa mereka hanya
akan bersepakat mengenai perkara kebenaran sahaja. Apabila ia sesuatu yang
benar, maka ia wajib diikuti. Maka dengan sebab itu, kita wajib menerima serta
mengikut segala hukum yang lahir daripada ijma’.
Sabda
Nabi Muhammad SAW lagi yan diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a :
ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن, وما راه المسلمون قبيحا عند
الله قبيح....
“…apa-apa
sahaja pendapat orang-orang muslimin itu tidak baik, maka ia juga baik di sisi
Allah. Dan apa-apa sahaja pendapat orang-orang muslimin itu buruk, maka ia juga
buruk di sisi Allah.
Hadis
di atas menerangkan bahawa , setiap hukum yang terhasil daripada proses ijmak
wajib untuk diikuti. Ini berdasarkan perkataan al-muslimun yang membawa maksud
orang-orang islam di dalam perkara-perkara yang baik dan tidak mengiktiraf atau menolak segala pandangan orang-orang
islam dalam perkara buruk. Oleh yang demikian, ijmak wajib diterima berdasarkan
keredaan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada orang-orang islam untuk
bersepakat di dalam perkara-perkara baik.
KEPENTINGAN IJMA’ PADA ZAMAN INI
Ijma’ adalah sumber fiqh yang diperakui kesahihanya dan wajib
diterima. Melalui proses ijma’ dapat ditentukan hukum-hukum syara’ bagi
permasalahan-permasalahn baru pada Zaman ini. Kita percaya proses ini
tudak mungkin berhasil melainkan dengan cara mewujudkan Majma’ Fiqh yang
menghimpunkan seluruh ulama’ mujtahidin dari seluruh dunia islam. Majma fiqh
ini seharusnya dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang seiring dengan Zaman agar mereka dapat menyelesaikan permasalahan fiqh masa kini
dengan mudah dan lebih teratur. Melalui teknologi terkini, masalah-masalah baru
dapat disebarkan agar dapat dibaca oleh orang ramai. Malah yang lebih penting
ialah para ulama’ boleh melahirkan pandangan mereka tentang hukum-hukum
tersebut. Apabila semua pendapat yang dikemukakan itu dipersetujui, maka ia
dikira sebahagian dari hukum-hukum yang di ijma’ kannya, dan ijma’ ini hamper
kepada ijma’ yang dinaskan di sisi fuqaha’ dimana ia wajib dipatuhi dan
diamalkan
KESIMPULAN
Ijma’ merupakan sumber perundangan Islam yang telah diakui kebenarannya. Sebagai kesimpulan daripada keseluruhan perbincangan mengenai ijma ini dapatlah kita simpulkan ijma’ itu merupakan kesepakatan sekalian mujtahid setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, pada satu masa di atas apa-apa pekerjaan sama ada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau perkara yang dinisbahkan kepada akal atau lughah.
Ijma’ tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad pada sesuatu zaman tanpa dikecualikan seorangpun dari kalangan mereka. Ini bermakna, jika seorang sahaja yang membangkang maka tidaklah dianggap ijma’. Para mujtahidin biasanya berselisih pendapat dalam sesuatu hukum tetapi dalam sesuatu hukum tertentu (yang sedia ada) tidak seorangpun di kalangan mereka berbeza pendapat, maka terjadilah ijma’ dan wajib beramal dengannya apabila ijma’ itu mengikut segala rukun-rukun seperti yang telah ditetapkan.

Dari
pembahasan yang telah dikemukakan di atas, dapat ditarik kesimpulan bahwa ijma’
adalah suatu dalil syara’ yang memiliki tingkat kekuatan argumentatif di bawah
dalil-dalil nas (Al Quran dan hadits). Ia merupakan dalil pertama setelah
Al Quran dan hadits. Yang dapat dijadikan pedoman dalam menggali hukum-hukum
syara’.
Pada
masa Rasulullah masih hidup, tidak pernah dikatakan ijma’ dalam menetapkan
suatu hukum, karena segala permasalahan dikembalikan kepada beliau, apabila ada
hal-hal yang belum jelas atau belaum diketahui hukumnya.
Adapun
dari ijma’ itu sendiri harus memenuhi syarat-syarat tertentu, agar dalam
kesepakatan para mujtahid dapat diterima dan dijadikan sebagai hujjah/
sumber hukum (ijma’)
Dan
dari ijma’ itu sendiri terdapat beberapa macam. Diantaranya: ijma’ sharih,
ijma’ sukuti.
Dari dua versi itu lahirlah
perbedaan-perbedaan dalam pandangan ulama’ mengenai ijma’ itu
sendiri.Seperti ijma’ sukuti misalkan, pengikut Imam Maliki dan Syafi’I
memandang bahwa ijma’ sukuti sebagai hujjah bahkan tidak menganggap sebagai
ijma’.
1.
RUJUKAN
1)AL-QURAN
2)PERBAHASAN USUL FIQH:SATU PENGENALAN AWAL
Sahariah Hj Ismail,Pensyarah Jabatan Syariah 2012.
3)AL-WAJIZ
4)HADIS-HADIS NABAWI
Ditulis semula syeikh nuruddin al-firdaus hj ismail 2000,madrasah
sg.jerik
5)PERPUSTAKAAN AL-KHAWARIMI (KUIM)
6)MABAHIT HUKUM
7)KITAB FIQH(STAM 2009)
Madrasah addiniah ma’ahad as-sultan ahmad shah addini Pahang.Syeikh
Ali Abdul Rahman bin Muhammad
8)ABD LATIF MUDA DAN ROSMAWATI ALI. 1997 PENGHANTAR USUL FIQH.Kuala
Lumpur Ilham Abati Enterprise.Edisi pertama pustaka salam berhad
The origin of the diamond rings in the Tiang family - Tiang
BalasPadamTiang's titanium damascus knives family titanium helix earrings was ffxiv titanium nugget famous in China mens titanium wedding bands as the fallout 76 black titanium 'Vin Chuan' (Chinese: 面家皇), whose name derives from the
ff981 cheap jerseys,Cheap Jerseys free shipping,Cheap Jerseys from china,wholesale jerseys,Cheap Jerseys free shipping,wholesale jerseys,cheap nfl jerseys,wholesale nfl jerseys,Cheap Jerseys free shipping sx447
BalasPadam